COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Tuesday, July 26, 2011

Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley !


PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.


Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.


Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.

Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.


************************************************************************************************************

Haii.... begini lah jadik nya kalau EGO mennguasai diri... Jimmy kata begini.. si isteri pulak kata begitu.. pada aku dua2 salah! dahh abis citer!! sbb dua2 pun tak mo mengalah.. dua2 tak mo buang EGO dan berbincang cara baik.. dua2 takmo bertolak ansur.. dua2 pun tak tahu jalankan tanggungjawab masing2 dengan sebaik mungkin! Remember.. It takes 2 to tanggoo guyss!! Tepuk sebelah tangan tak berbunyik!

Tiada rugi nya kalau masing2 mengakui silap masing2.. cuba ubah ke arah yg lebih baik.. hormati lah antara satu sama lain kalau si suami tak suke isteri buat begini.. dan di si suami pun perlu menghormati si isteri jika dia ade terasa hati disana sini.. cam contoh kes nie.. kalau betol laah si Suhaila tu masih lagi lebih kan kengkawan dan kaki clubbing after married.. memang si Suhaila nie patot realize lah yg dia dah jadi isteri org dan dia perlu tahu batasannya dan menjaga maruah suaminya!

Kalau rasa tak puas nak clubbing.. patot fikir dulu before married.. or else adekah pasangan awk tu kaki clubbing macam awak jugak.. bende nie mungkin kurang masalah kalau dua2 punyai minat yg sama.. walaupun minat tu minat yg tak berapa nak elok... cam contoh dua2 pun kaki clubbing laa.. so senang.. sama2 suker gie clubbing.. dah tentu2 takde masalah sbb atas dasar minat yg sama kann... but at the same time si suhaila nie patot bersyukur gak laa coz dpt seorang suami yg boleh membimbing dia ke arah yg lebih baik... bukan memikirkan soal duniawi nie semata... di akhirat kelak harus dipikirkan jua... and as for Jimmy pulak.. kalau betol lah dia jenis yg berperangai dingin dengan kaum keluarga sebelah isteri.. itu dah kire macam dia dah kecik kan hati isteri dia... maka dia perlu lah ubah sikap tuu... of coz sesiapa pun akan terasa biler pasangan kite bersikap dingin dengan ahli keluarga kite sendiri!  and pada aku bende kecik seperti rakan artis tak dtg during majlis kahwin diaorg tu pun macam alaahaiii.. itu pun takkan nak dijadikkan satu isu kot! so bende yg remeh temeh camgini jgn lah di perbesar-besarkan...  and as for seorang suami pulak.. kalau isteri tu tak teruk sangat perbuatan nya.. jgn lah sikit2 nak pukul.. kerana Lelaki @ Seorang suami Yg Terbaik dan Terpuji adelah mereka yg mampuu mengawal tahap kesabaran mereka dan bukan begitu mudah menghayunkan tapak kaki & tapak tangan ke arah si isteri!  Dan seorang isteri yg baik dan terpuji pula hendak lah TaaT kepada suami.. kerana syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suami... (aku kalau en. teman tunjuk tapak kaki jerk.. mule lah serammmm! walhal dia angkat kaki nak suruh picitkan kaki jerk puunn! :p) 

Jgn salah kan antara satu sama lain sentiasa.. menuding jari itu memang begitu mudah.. tetapi kekhilafan diri sendiri perlu direnung dan ambil ruang utk bermuhasabah diri sendiri... jgn lah membiarkan egois menguasai diri sehinggakan perkara yg boleh diselesaikan cara baik menjadi sukar... persefahaman itu sangatt penting dlm sesebuah perhubungan suami isteri.. jika tiada persefahaman.. maka memang begitu mudah lah akan runtuhnya sesuatu perhubungan yg dibina!

p/s:  sangattt sangattt bersyukurrr padaMu Ya Allah... kerana kurniakan aku seorang suami yg begitu memahami.. seorang yg begitu penyayang... seorang yg begitu penyabar... seorang yg tidak egois.. seorang yg sangat2 bertolak ansur dan sangatt mudah utk dibawa berbincang... Rahmatilah kami berdua Ya Allah... Aminnn....


11 comments:

PinKy MoMMa said...

aminnnn utk doa kamu itu :)

yg penting..masing2 cuba berfikir scara matang..jgn pentingkan diri sendiri..ada anak yg perlu difikirkan soal masa depannya..

moga mereka mendapat penyelesaian terbaik..insyaAllah..

ratusiput said...

mmg pun..dlm umahtangga ni komunikasi adalah sgt pntg...takble ego..suami pun takble nak pegang kuasa veto je...kena gak mengalah dlm satu2 hal ngan isteri.sama2 main peranan pentinglah kan...

sisdee said...

klu ego camtu le...doakan yg baik2 jek ek :)

-anidaothman- said...

SHUKURRR kaknin...allah anugerahkan suami yg cukup terbaikk buat kamu...
AMIN.......

itulah..dalam rumahtangga ni kena banyak tolak ansur..kalo nak pikir pala sendirijaa..ha memanglaaa takda jalan kesudahan...huhuhuhu....

moga-moga ALLAH beri mereka jalan pertunjuk untuk kemelut rumahtangga nieh....rugi lah kalo kawennn asyik kebabooom Jaa.....

ish rugii..rugi..ekekkeke

MiYOKO SuKi said...

EGO ni mmg takleh bw kemana kann..

bestnye kalo dpt hubby yg penyabar..da memahami kite seadanye.

mummy roshie said...

amin...semoga perkahwinan nin bahagia sampai akhir hayat....

ingat majlis kawin grand2 dah cukup sefahaman bila nak kawin tapi tak sangka lak jadi macamnie..

aper un..kita doakan jodoh mereka ye....saya sokong pendapat kak nin...kahwin bukan nak cr kesempurnaaan tp saling tolak ansur satu sama lain....

Aty Fared said...

betul..aku sokong part dua-2 pon salah...susah gak kalau dari awal2 lagi dah buat salah pukul2 anak orang... tapi bini nyer pon sajer mencabar ego agaknyer.. tu yang kene... adooyy..aritu isi isteri nusyuz..lepas ni kompem isu rebut anak pulak....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

2-2 salah.....

macam2 la kisah rumah tangga ni..

takut nk kawen kalo cm ni

Mak Wardah said...

Betul tu, suami isteri mestilah bertolak ansur...Kesian Zahrah

Etong said...

perlukah mengaibkan dan menghebohkan kepada seluruh dunia mengenai masalah keluarga sndiri? selama dia masih menjadi isteri, ingat dosa yang dia dpt mengingkari kata suami. semoga Allah merahmati hubungan mereka.

NeenaAnuar said...

TQ ALL ATAS DOA KALIAN... DAN SAMA2 LAH KITE AMIK IKTIBAR DARI KISAH SEBEGINI.. MOGA KITE SEMUA SENTIASA DILINDUNGI DAN DI RAHMATI OLEH YG MAHA ESA... AMINNNN... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails