COPYRIGHT WARNING!

ALL IMAGES ARE THE SOLE PROPERTY OF http://neenaanuar.blogspot.com. ANY REPRODUCTION, REPRINTING AND REPUBLISHING OF ALL IMAGES FROM THIS WEBPAGE, WITHOUT THE SOLE PERMISSION OF THE BLOG OWNER ARE EXPRESSLY FORBIDDEN! (Kalau anda mencuri, anda berdosa! Saya tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui!)

Saturday, May 9, 2009

Hari Ibu

Esok hari Ibu.... ibu dah setahun meninggalkanku... biasanyer every year memang kiteorg tak pernah missed buat celebration of mother's day... paling kokak pun akan kiteorg wish dia & bagi dia wishing card... tapi biasanyer memang kite sumer satu family akan pegi makan2 lar.... tapi tuh sumer hanya tinggal kenangan... kenangan terindah...

Mak... yg pasti.... Angah amat rindukan:-


  1. panggillan 'Mak'
  2. masakan 'Mak'
  3. nasihat 'Mak'
  4. gelak tawa 'Mak'
  5. coloteh & keletah 'Mak'
  6. belaian 'Mak'
  7. ciuman 'Mak'
  8. leteran 'Mak'
  9. nak bermanja dgn 'Mak'
  10. berkongsi cerita dgn 'Mak'
  11. makan sama2 ngan 'Mak'
  12. nak tido & peluk 'Mak'
  13. suappan 'Mak'
  14. berpidato ngan 'Mak'
  15. tonton TV ngan 'Mak'
  16. Gie holiday ngan 'Mak'
Itu adalah sebahgian daripada suasana yg aku rindukan!! tapi apa pun.... aku tetap redha ngan pemergian ibu setahun yg lalu... mungkin terlalu awal perasan sayu ini utk hilang dari diriku.. kerena ianyer baru berusia setahun jagung.. jadi segala kenangan pahit manis bersama mak masih segar di ingatanku...

alhamdullilah... aku bersyukur sgt kerana dpt menghabiskan masa bersama mak pada 2-3 bulan terakhirnyer.... antaranyer:

  • aku jaga mak sebaik mungkin seperti mencuci lukanyer, menjaga kebersihan nyer & menyediakan makan minum nyer
  • tido sepuas2nyer di samping mak
  • pelok cium mak adalah makanan harian ku...
  • byk menghabiskan masa meluahkan hati & perasaan antara satu sama lain... itu adalah satu pengalaman yg amat berharga buat ku hingga ke hari ini kerana aku meluahkan perasaan aku betapa aku menyayangi dia dan dia juga menyatakan dia amat menyayangi aku...
  • kami saling bermaaf-maafan... aku memohon ampun padanyer.. dan dia telah pun mengampunkan segala dosa2 ku...
kepuasaan itu masih terasa sehingga skg.. sekelumit @ secubit kekesalan tidak ade dlm diri ini... kerana aku telah menjaganyer sehingga nafas nyer yg terakhir..... cuma sekali sekala terasa kerinduaan yg amat mendalam terhadap dirinyer.... itu yg membuatkan aku MENANGIS!!!

ok lar.. jom kite...
HAYATI TULISAN INI DAN SELAMI SEIKHLASNYA, INSYA ALLAH AIRMATA IMAN DAN TAQWA AKAN BERCUCURAN TANPA KAMU SEDARI.
DIA LAH PROFESOR KU IBU KU.
Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK....RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

5 comments:

a.j. said...

i miss maklang... ayub masih ingat mase kecik2 suke datang rumah maklang ...

lepas mandi swimming pool, maklang akan mandikan ayub... kalau tak kak jaja yang akan mandikan ayub..

pastu malam ayub ingat tgk cite hantu ngan keluarga alang lat rumah sume.. bile ayub takut, maklang tarik ayub dan peluk ayub... pastu gosok bahu pastu cakap "ayub takut yee..."

pastu malam maklang paklang bawak gi makan burger malam2... rindu maklang....

Marlia said...

hai dear... apa yg di tulis tu memang betul... aku plak yg nangis neena bila baca semua tuh...

B. Arafia said...

kak neena, this really touched my heart.

Deqna said...

fren, walaupun mak ko dah takde sekarang ni tapi aku yakin ko masih lagi boleh mengadakan hari ibu buat mak kesayangan ko. Mungkin ko boleh hadiahkan dia al-fatiah, membaca yassin, bersedekah utk dirinya sempena hari ibu ini..

Aku bangga sbb ko dapat menjaga mak ko dengan sebaik-baiknya. Yg penting dia kekesalan di dalam hati.

Selamat hari ibu. Kita sumer syg ibu masing2 bkan. Marilah lakukan yg terbaik buat mereka.

NeenaAnuar said...

aj:-
kak neena feels sooooo touching coz u still can remember what did alang does for you... if she's still around, she will be the most happiest person!

liea:-
aku pun.. sampai skg kalau baca lagi still air mata aku nak limpah ruah gak!! huhuhuhu...

Balqies:-
yeah... me tooo.... :((

Deqna:-
Thanks deyna... yeah tuh lar yg mampu aku lakukan skg nie...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails